AKTIVITI

AKTIVITI-AKTIVITI DI BAWAH 
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH – BENCI DADAH


PERTANDINGAN PERMAINAN ANTARA KELAS 
  • Untuk mencapai objektif memajukan aktiviti-aktiviti kecergasan sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar-pelajar sukan dalam program ini diperbanyakkan seperti mengadakan pertandingan sukan antara kelas. Adalah dicadangkan dalam tempoh program, pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan 3 jenis permainan antara kelas.

VIDEO ANTI DADAH 
  • Untuk mendorongkan aktiviti kecergasan dalam kalangan para remaja.
  • Video ini akan ditayangkan di televisyen atau menggunakan komputer untuk memberi pendedahan tentang najis dadah.

KELAB PPDa LENCANA ANTI  DADAH 
  • Kelab PPDa lencana anti  dadah untuk membolehkan mereka, ahli serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pencegahan dadah di sekolah.
  • Ia juga bertujuan agar ahli-ahli kelab meningkatkan kemahiran kepimpinan serta coping skills mereka. Pelaksanaan kelab ppda kencana anti dadah ini adalah serupa denagn kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain di sekolah.

COACHING CLINICS 
  • Coaching clinics’ diadakan untuk menggalakkan pejar-pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan dalam masa lapang mereka. 
  • Bekas pemain-pemain/ jurulatih bola sepak , hoki, squash, tenis atau badinton di peringkat negeri/negara boleh dijemput untuk mengendalikan aktiviti ini.

PERTANDINGAN KUIZ PENCEGAHAN DADAH ANTARA KELAS 
  • Kuiz pencegahan dadah antara kelas untuk menilai tahap kesedaran dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai dadah serta memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan.
  • Kuiz pencegahan dadah antara kelas akan diadakan secara berpasukan di mana terdapat empat orang pelajar dalam setiap pasukan.
  • Pihak penganjur akan menyediakan hadiah bagi johan dan naib johan untuk setiap tingkatan.
  • Cara pengendalian kuiz pencegahan dadah tersebut terpulangkah kepada pihak sekolah yang akan menganjurkan.

UJIAN URIN 
  • Program ujian urin akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat denagn dadah dengan kerjasama pihak pegawai pendidikan daerah petaling.

PAPAN TANDA ANTI DADAH DI SEKOLAH 
  • Papan tanda anti dadah didirikan di tempat strategik di kawasan sekolah untuk mendorongkan semua pelajar serta masyarakat umum menceburi aktiviti sihat di masa lapang mereka.

CERAMAH DAN PAMERAN ANTI DADAH
  • Program pendidikan pencegahan dadah diadakan sempena ambang kemerdekaan.  
  • Pelajar-pelajar akan menyaksikan pameran anti dadah secara bergilir-gilir mengikut kelas. Semasa pameran anti dadah, risalah/ poster juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan guru-guru yang akan mengiringi mereka. Tayangan video anti dadah juga akan diadakan sepanjang pameran diadakan.

IKRAR ANTI DADAH 
  • Bahawasanya kami, pelajat-pelajar, berikrar untuk memerangi najis dadah pada setiap masa dengan :-
A)    Memajukan diri serta menentang tabiat menggunakan dadah.
B)    Mewujudkan keluarga yang bahagian tanpa dadah
C)    Mencegah pengedaran dadah di dalam masyarakat
D)    Menerapkan usaha-usaha bagi membebaskan negara ini daripada ancaman dadah.

LARIAN ANTI DADAH
  •    Larian anti dadah akan diadakan dengan kerjasama penolong kanan kokurikulum.

PROGRAM LIMA MINIT ANTI DADAH  
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang melaksanakan program lima minit anti dadah semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.
  • Program lima minit anti dadah adalah seperti garis panduan aktiviti yang biasa dilaksanakan di sekolah.

LUKISAN POSTER ANTI DADAH 
  • Setiap sekolah akan mengadakan pertandingan anti dadah  di antara tingkatan.