OBJEKTIF

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut :
  1. Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibubapa.
  2. Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
  3. Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
  4. Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids.
  5. Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
  6. Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV / Aids.
  7. Mewujudkan perhubungan dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

Bidang-bidang tugas PPDa ialah: 
  •   Pendidikan Pencegahan Rokok
  •   Pendidikan Pencegahan Alkohol
  •   Pendidikan Pencegahan Inhalan
  •   Pendidikan Pencegahan Dadah
  •   Pendidikan Pencegahan HIV/Aids