28 Ogos, 2010

Minggu PPDa

PELANCARAN MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH



PAMERAN PPDa

TAYANGAN PPDa

DEMONSTRASI ANJING MENGESAN DADAH


EKSPLORASI PPDa

SKETSA PPDa


PERTANDINGAN MELUKIS KAIN RENTANG & POSTER  MINGGU PPDa BERTEMAKAN 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Pertandingan Melukis Kain Rentang Dan Poster Dijalankan Di Balai Serbaguna Sekolah
Pada 8 April 2010 dari pukul 1.30-4.30 pm


5 MINIT ANTI DADAH

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG


Pn. Nor Riha Bt Zakaria Penolong Kanan Hem Menyampaikan Hadiah Kepada Para Pelajar Yang Memenangi Pertandingan Yang Dianjurkan Pada Minggu PPDa

27 Ogos, 2010

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


MATLAMAT PPDa

Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan
kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Melahirkan Generasi Sekolah Yang Bebas Gejala Dadah”

RASIONAL PPDa
  1. Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting di sebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.
  2. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah kepada gejala penyalahgunaan dadah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat.
  3. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Daerah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

22 Ogos, 2010

Kenali Dadah


Apakah yang dikatakan sebagai dadah?
  • sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan.
  • biasanya diambil secara haram.
  • boleh meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma.
  Terdapat empat jenis dadah iaitu :
  • Dadah perangsang
  • Dadah penekanan
  • Halusinogen
  • Narkotik

Akta dan Undang-undang Dadah

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Tujuan:
  • membuat peruntukan selanjutnya untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu.
  • membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk di bawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

 AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 – (PINDAAN) 1998

Tujuan:
  • digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan ke atas penagih-penagih bagi tujuan memastikan mereka tidak mengulangi penagihan mereka.

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Tujuan:
  • sebagai peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Tujuan:
  • bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

AKTA RACUN 1952

Tujuan:
  • mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

18 Ogos, 2010

Ikrar Anti Dadah



BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR-PELAJAR
BERIKRAR UNTUK MEMERANGI NAJIS DADAH
PADA SETIAP MASA
DAN KETIKA
DENGAN

MENJAUHI DIRI SERTA MENENTANG TABIAT
MENGGUNAKAN DADAH

MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA TANPA DADAH

MEWUJUDKAN SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH
BEBAS DARI DADAH

MENCEGAH PENGEDARAN DADAH DALAM MASYARAKAT

MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA DALAM MASYARAKAT

MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA UNTUK MEMBANTERAS DADAH

MEMBANTU USAHA-USAHA KERAJAAN
BAGI MEMBEBASKAN NEGARA INI
DARIPADA ANCAMAN DADAH

10 Ogos, 2010

Lagu: Kami Benci Dadah



Dadah Durjana
Kau Penghancur Bangsa
Kau Musuh Rakyat
Kau Musuh Negara

Kini Kami Teguh
Kini Kami Kuat
Dadah Kami Rempuh
Hancur Dadah Jaya Rakyat

Kami Anti Dadah
Kami Benci Padamu
Sekutu Kita Perangi Dadah
Mulia Bangsa Tanpa Mu

Mari Semua, Mari Saudara
Jangan Habiskan Usia Muda
Semangat Bangsa Bergelora
Tanpa Dadah Kita Berjasa


09 Ogos, 2010