22 Ogos, 2010

Akta dan Undang-undang Dadah

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Tujuan:
  • membuat peruntukan selanjutnya untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu.
  • membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakluk di bawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

 AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 – (PINDAAN) 1998

Tujuan:
  • digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan ke atas penagih-penagih bagi tujuan memastikan mereka tidak mengulangi penagihan mereka.

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Tujuan:
  • sebagai peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Tujuan:
  • bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

AKTA RACUN 1952

Tujuan:
  • mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan