27 Ogos, 2010

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


MATLAMAT PPDa

Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan
kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Melahirkan Generasi Sekolah Yang Bebas Gejala Dadah”

RASIONAL PPDa
  1. Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting di sebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.
  2. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah kepada gejala penyalahgunaan dadah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat.
  3. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Daerah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan